Khamis, Januari 27, 2011

accident


bismillahirohmanirrohim.. assalamulaikum..

merujuk kepada tajuk di atas.. malam pukul 9.20pm bertarikh 26hb januari 2011, iaitu semalam, merupakan peristiwa epic dalam hidup aku.. peristiwa nih telah menyebabkan lutut kanan aku cedera, lengan kanan dari siku-tapak tangan cedera, lengan kiri dari bahu-siku cedera, dan lengan kiri kene simen sebab tulang pergelangan tapak tangan kiri lari dari sendi.. don't worry im still nsem.. hehehe

semuanya start bila apak soh aku gi carrefour ampang beli kekacang untuk makan bersama dengan pak mat dari kuale.. dengan tangkasnya aku bawak moto wave apak aku gi carrefour.. da beli barang sume aku pon balik.. bila sedar tayar depan pancit, aku batal hasrat nak balik pastu gi stesen petronas kat area tasik permai untuk pam tayar.. lebih kurang 500 meter sebelum sampai simpang 4 tu.. tetiba ada kereta volvo dengan lajunya menghimpit ke kanan.. aku waktu tu agak laju sebab turun bukit, tapi da bagi sighnal nak ke kanan.. untuk elak aku berhimpit/bergeser dengan kereta volvo tu.. aku pon full break tangan dan kaki.. tapi apakan daya malang tak berbau.. keadaan jalan yang licin menyebabkan aku meluncur kemudian hilang keseimbangan.. waktu jatuh tu agak ganas.. aku dengan moto tergolek sejauh 100 meter.. aku rasa sebab tulang pergelangan tapak tangan kiri aku lari dari sendi sebab tahan impak tergolek tu.. dah jatuh tu aku bangkit lah.. aku pandang ke arah kereta volvo tu, sebab dia berhenti perasan aku jatuh.. yang aku geram tu, kereta volvo tu larikan diri.. bukannya nak tolong.. disebabkan aku rabun jauh dengan keadaan malam.. aku tak dapat nak cam nombor plet kereta volvo tu.. haih..

alhamdulillah.. orang yang ada kat sisi jalan tu tolong angkatkan moto aku.. dan juga aku.. apa yang aku perasan.. bila bandingkan keadaan aku ngan moto wave.. keadaan aku lebih parah.. moto wave apak aku tu cuma sigh mirror kanan patah, dan tempat letak kaki kanan bengkok ke atas sahaja.. dalam keadaan lengan kiri aku dan kaki kanan aku tak stabil.. aku bawak moto dan balik.. melihatkan keadaan baju putih aku berlumuran darah.. apak ngan pak mat bawak aku pergi ke hospital ampang dapatkan rawatan..

waktu kat hospital ampang tu.. teros ke unit kecemasan.. alhamdulillah dapat rawatan segera dari doktor.. dia bersihkan luka aku dengan alkohol tak silap aku.. pastu letak ubat kuning.. waktu bubuh ubat kuning tu la terasa pedih ya amat.. hanya Allah saja yang tahu rasa pedih tu.. pstu aku dihantar ke unit x-ray.. buat imbasan pada pergelangan tangan kiri aku.. hasilnya, tulang tapak tangan aku lari ke kanan sendi.. pastu aku dihantar ke unit pakar tulang.. dia periksa keadaan lengan kiri aku, pastu dia suntik ubat tahan sakit.. pukul 12 camtu dia bawak aku ke dalam satu bilik.. kat situ dia suntik aku lagi.. kali nih dia bagi ubat tido.. bila aku sedar dari tido.. jam menunjukkan jam 1 pagi.. dan lengan kiri aku doktor tu dah simenkan..

pagi tadi aku call manager aku iaitu Kak Su.. aku bagitau dia yang aku nak berhenti kerja disebabkan keadaan fizikal yang tidak mengizinkan.. Kak Su agak terkejut dengan keputusan aku nih.. aku buat keputusan nih untuk elak berlaku keadaan kelam kabut kat tempat kerja bila ketiadaan aku.. sebab department aku nih agak sibuk.. bila kurang sorang staf, kompem kelam kabut, dan aku pernh rasa situasi tu.. apepon, aku nak rehat selama sebulan kat rumah.. nak pulihkan lengan kiri aku nih.. dan inya'allah bila da pulih aku nak cari kerja cari duit, mana la tau ada rezeki dapat sambung belajar, kan nak pakai banyak duit..

and lastly.. awak tak perlu risau tentang keadaan saya nih.. insya'allah saya akan pulih.. final awak lagi beberapa bulan kan?.. so better study.. saya senantiasa mengingati awak.. hehehe



p/s : fuh 2 jam tulis post nih dengan berbekalkan sebelah tangan saja.

1 ulasan:

eXat CrestFaLL berkata...

haih..tu la ak da pesan awal² suh kau hati²..hmm takpela get well soon